Malaysia terbaik di Asean dalam kelestarian alam sekitar

PUTRAJAYA, (Bernama) – Malaysia capai tempat terbaik dari kalangan negara-negara Asean yang lain dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) untuk tahun 2011 seperti yang dikeluarkan di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sri Douglas Uggah Embas berkata daripada 132 negara di dunia, Malaysia berjaya mencapai tempat ke-25 dan berada pada tangga teratas di kalangan negara Asean.

“Malaysia juga berada pada tempat ketiga di seluruh rantau Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

EPI yang dibangunkan oleh pakar-pakar dari Universiti Yale dan Universiti Columbia adalah indeks penentu kelestarian sesebuah negara melalui kesihatan alam sekitar dan kebugaran ekosistem.

Negara juga tersenarai dalam kumpulan yang mempunyai prestasi tinggi bersama Jerman, Iceland, Finland, Denmark, Jepun dan Belgium, katanya.

Katanya lagi, pada tahun 2010, Malaysia menduduki tempat ke-54 dari 261 negara di dunia berbanding Singapura pada tangga ke-28 tetapi pada indeks yang terbaru ini, republik tersebut jatuh ke tangga 52.

Pihak kementerian sekarang ini sedang mengadaptasi indeks EPI antarabangsa ini untuk membangunkan model EPI Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Alam Sekeliling Malaysia Prof Datuk Zaini Ujang dari Universiti Teknologi Malaysia.

Pencapaian Malaysia dalam indeks EPI kali ini banyak dipengaruhi dengan pelbagai inisiatif dan dasar baru yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi penekanan kepada kelestarian dalam Model Ekonomi Baru, katanya.

Malaysia telah mencatatkan skor yang amat memberangsangkan dalam aspek pengurusan udara dan kesannya terhadap kesihatan manusia (97.3), pertanian (95.5) serta biodiversiti dan habitat (90.1), katanya.

Aspek seperti perubahan iklim, perikanan, pertanian, perhutanan, pencemaran air dan udara juga turut dinilai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s